My Dark Hom3...

Mangga ,mempelam dan mangoes.

Mangga ranum




Bila sebut mempelam semua orang meleleh air liur kerana keunikannya yang mempunyai rasa masam yang mengecurkan air liur sesiapa sahaja yang mendengarnya dan melihatnya. Bagi orang Kelantan, sebutan mempelam atau mangga jarang kedengaran. kalau disebut buah pauh baru diorang faham. Teringat satu perumpamaan 'pipi bak pauh dilayang'. Kenapa tidak digunakan mangga. So, jadi macam ni 'pipi bak mangga dilayang'. Kenapa yer ???

MORFOLOGI

Pokok sederhana dan besar, setinggi 10-45 m, ukiran garis pusat batang 60-120 cm. Ketinggian, bentuk dan saiz daun serta bilangan dan saiz dahan berbeza-beza mengikut jenis mangga berdasarkan hasil kacukan semula jadi atau pemilihan spesies oleh manusia. Daun muda biasanya merah. Buah berbeza saiz dan bentuk. Buah muda ada jenis hijau muda, hijau tua dan merah. Kulit buah masak kuning atau merah tetapi ada yang hijau. Isi buah muda putih, buah masak kuning atau oren kemerah-merahan. Biasanya manis tetapi ada yang tawar, masam atau payau serta berserabut.

KANDUNGAN

Buah masak 78-85g air, 13-20g karbohidrat, 0.3-0.8g protein, 0.1-0.2g lemak, 0.6-0.7g serabut, 0.1-0.2mg besi, 10-15 mg fosforus, 9-25mg kalsium, 0.03-0.09mg vitamin B1, 0.05-0.08mg vitamin B2, 14-62mg vitamin C, bahan kimia asid benzoid, asid sitrik, mangiferin, mangin, pewarna kuning dan tanin.

KHASIAT MAKANAN

1. Oi ( is a kind of gas flowing in inner portion of human body )

2. berkhasiat untuk limpa

3. Merawat batuk

4. Merawat selesema kerana deman dan sejuk

5. Merawat cirit-birit berdarah

6. Merawat payu dara bengkak selepas bersalin
( Kulit batang mangga hutan digesek-gesek di atas pasu. Kulit yang sudah hancur itu ditampalkan ke atas payu dara yang bengkak )

Mangga kalau dipotong-potongdan dicicah dengan kuah rojak, emmmm memang sedap. Tapi satu saja bila makan mangga dipotong ni, ia boleh menyebabkan gigi terasa ngilu.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...